Wednesday, 23 April 2014

20 BELIA BERJAYA SERTAI KURSUS SENI KREATIF JAHITAN PROGRAM 1AZAM

Kota Kinabalu |

|
Print

[imagebrowser id=65]

Seramai 20 orang belia telah berjaya menyertai dan menamatkan Kursus Seni Kreatif Jahitan dibawah Program Akhiri Zaman Miskin(1AZAM) anjuran Kerajaan Negeri.

Kursus selama 3 bulan itu bermula 4 Julai 2012 sehingga 4 Oktober 2012 dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSS), telah diadakan di Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK), 88 Market Place, Kepayan.

Kursus itu telah dikendalikan oleh Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK), sebuah pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) (National Dual Training System) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manisia (Department of Skills Development, Ministry of Human Resources).

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Jahid Jahim telah merasmikan penutupan dan menyampaikan sijil kepada para peserta. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap KBSS, Haji Awang Damit Awang Anak dan Pengetua AJKK, Puan Alicia Lenson.

Para peserta yang terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih telah dilatih dan didedahkan dengan kemahiran membuat pelbagai jenis pakaian sepanjang menyertai kursus itu, selain ceramah motivasi dan keusahawanan.

Mereka turut diberi peralatan menjahit bagi membantu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sama ada dengan mengambil upah menjahit di rumah atau membuka gerai dan kedai jahit di kampung masing-masing.

Kerajaan menganjurkan Kursus dan Latihan Kemahiran Seni Kreatif Jahitan dibawah Program 1AZAM atas kesedaran bahawa bidang kemahiran amat berguna kerana ia boleh membantu menjana pendapatan, walaupun kerja menjahit hanya dilakukan di rumah.

Selepas mengikuti kursus dan latihan selama 3 bulan, para peserta perlu berusaha mengembangkan ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan, sekaligus keluar dari belenggu kemiskinan.

Belia khusus di Sabah perlu merebut peluang untuk meningkatkan kemahiran menerusi kursus disediakan kerajaan bukan sahaja bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan, malah menjadikannya sebagai kerjaya.

AJKK merupakan pusat latihan kemahiran milik Bumiputera yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 (Pembuat Pakaian Wanita), SKM Tahap 2 (Pembuat Pakaian Wanita Kanan) dan SKM Tahap 2 (Penyelia Pembuat Pakaian Wanita) melalui persijilan SLDN. Sijil SKM Tahap I & 2 diadakan selama 6 bulan, manakala SKM Tahap 3 selama 12 bulan.

Komen

Tiada komen buat sementara