Friday, 25 July 2014

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2012

Kota Kinabalu |

|
Print


AGRO TRANSFOMER…Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bersalam dengan Agro-Transfomer yang dihasilkan daripada traktor rosak semasa melawat gerai pameran Jabatan Pertanian Sabah sempena perayaan Hari Peladang,Pentermak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2012 di Tapak Pemasaran KPD, Tanjung Lipat,Likas, hari ini.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kanan) yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah,Pengarah Pertanian Sabah, Datuk M.C.Ismail Salam(dua dari kiri) dan jemputan yang lain.
ANUGERAH…Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyampaikan Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya kepada Encik Marcellus Michael sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (dua dari kiri) dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Bobbey A.Suan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2012 di Tapak Pemasaran KPD, Tanjung Lipat,Likas, hari ini.


TAHNIAH…Puan Cuzzanina Augustine Lubit menerima Anugerah Siswazah Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri 2012 yang berlangsung di Tapak Pemasaran KPD, Tanjung Lipat, Likas, Kota Kinabalu sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (dua dari kiri) dan Pembantu beliau, Datuk Bobbey A.Suan.

Komen

Tiada komen buat sementara