Thursday, 24 April 2014

PEMUDA UMNO SIPITANG SETUJU TINDAKAN KERAS AHLI UMNO YANG SABOTAJ

Kota Kinabalu |

|
Print

Yamani Hafez Musa Aman

Ketua Pemuda UMNO bahagian Sipitang, Yamani Hafez Musa Aman (gambar) menyokong penuh penuh tindakan keras menyingkirkan ahli UMNO yang mensabotaj calon parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

berkata, tindakan itu penting kerana jika jentera parti sudah dalam keadaan siap sedia sekali pun, ia tidak akan menjanjikan kemenangan sekiranya masalah sabotaj tidak diselesaikan segera.

“Masalah dalaman yang tidak diselesaikan tidak akan menjanjikan kemenangan kerana ia akan terbawa-bawa pada pilihan raya kelak. Kita boleh tumbang akibat perbuatan sabotaj ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan di sini kelmarin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ahli UMNO yang melakukan sabotaj terhadap calon parti pada PRU 13 akan disingkirkan.

Menurut Hafez pada persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Sipitang turut mengusulkan mana-mana ahli UMNO yang sabotaj pada pilihan raya akan datang perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya.

“Ini kerana pada pilihan raya umum 2008 lalu, ada ahli UMNO yang sabotaj calon BN tidak diambil tindakan dan masih berada di dalam UMNO. Malah ahli UMNO turut memberi duit dan meminta untuk mengundi parti pembangkang dan bukan calon UMNO pada pilihan raya 2008 ketika itu.

“Pemuda UMNO Sipitang khuatir perkara ini akan berulang kembali pada pilihan raya ke 13 ini,” tegas Hafez lagi.

Jelas beliau lagi sepatutnya mereka ambil langkah yang serupa untuk memelihara kedudukan parti kerana setiap calon itu bertanding bukan atas tiket parti tetapi tiket BN.

“Kita tahu dalam BN ada 13 buah parti, sepatutnya di mana kawasan sekalipun didapati ada anggota parti yang dianggap mensabotaj parti dan jika ada bukti perlakuan buruk itu dilakukan, maka wajar parti itu ambil tindakan disiplin termasuk memecat mereka,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahukan tindakan menyingkir anggota yang melakukan sabotaj terhadap calon parti diperluaskan kepada parti kompenen lain dan bukan melibatkan UMNO sahaja.

Kenyataan itu susulan amaran keras Timbalan Perdana Menteri semalam yang menyebut UMNO akan menyingkirkan mana-mana anggota atau parti yang mensabotaj parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Komen

Tiada komen buat sementara