Thursday, 31 July 2014

GAMBAR SEKITAR ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG-BINTANG SERTA PINGAT NEGERI SABAH SEMPENA HARI JADI RASMI KE-59 TUAN YANG DIPERTUA NEGERI SABAH DI ISTANA NEGERI

Kota Kinabalu |

|
Print

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (dua dari kanan) bersama penerima bintang kebesaran Panglima Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk, dari kiri Datuk Dr.Joachim Gunsalam, Datuk Prof.Dr.Mohd.Harun Abdullah, Datuk Dr. Mohd.Yusof Haji Ibrahim dan Datuk Haji Hashim Paijan di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Sebahagian daripada penerima bintang kebesaran Panglima Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Datuk Ganesh Nandy a/l B.B.Nandy, Datuk Juil Nuatim, Datuk Leong Pau Chu, Datuk Julius Dusin Gitom (Rt.Rev.Bishop), Datuk Yong Soo Pin dan Datuk Yapin Gimpoton.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Datuk Ahmad Ayid (kiri) bersama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri, Datuk Armani Haji Muhiruddin bergambar bersama Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor (dua dari kanan) dan penerima bintang kebesaran yang lain.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar bergambar bersama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kawang, Datuk Juil Nuatim yang menerima bintang kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K).

Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M.Jasni bergambar kenang-kenangan bersama Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor (tiga dari kiri) dan keluarga selepas istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Istana Negeri, Kota Kinabalu, hari ini.

Komen

Tiada komen buat sementara